CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 19, 2012

CINTA itu anugerah atau bencana?




Assalamu'alaikum... baiklah.. dah lama tak berblogging... sibuk dgn study... apa khabar? iman kita mcm mna? 

tak pernah pulak terfikir nak berbicara soal cinta.tp in shaa ALLAH... pendek je...


tapiii, bg yg bawah umur, anda sama sekali tidak digalakkan utk membaca entri nie... errkk? hehe... gurau.. ini sekadar topik santai pasal CINTa.. hihi.. topik kali ni, Cinta itu Indah atau bencana?


btol ke cinta indah n comel mcm gambar kat bawah ni? iya.... betol... jom kita kupas sikit..



"eh, bukanke cinta tu 1 anugerah?"
"habis tu, cinta kpd ALLAH? rasul?"
"cinta kpd ibu ayah?sahabt2? guru2?"

memang... tak dinafikan... cinta itu anugerah..nikmat.. benci pun anugerah kan? marah,sedih,gembira..smuanya anugerah...anugerah itu kan NIKMAT.... 





~pertama, setinggi rasa bersyukur sgt ats segala apa yg ALLAH tnjukkn, kurniakan, bantu lately.. biarpun teruji dgn kes2 tertentu..
..

# CINTA.. sememangnya cinta itu 1 anugerah yg indah dr ALLAH... tapi percayalah CINTA juga boleh menjadi RACUN.. CINTA juga boleh menjadi MUSIBAH dan BENCANA..

cinta itu mmg indah... mmg smuanya indah.. wlu ketiak si kekasih berbau wlupn dr jarak 10meter dh terhidu pun jd wangi d hidung si pasangannya..

smpai smua bnda nk sama dgn si kekasih hati... apa2 yg terjadi hari ni smua nak crita... pendek kata, dr A-Z.. smua na ceritalah... sedih, gembira,suka duka smua nk mengadu..

hebatkan cinta tu?

tapi percaya tak, cinta tu boleh jadi MUSIBAH dan BENCANA TSUNAMI buat hati para pendokong2 tarbiyyah?

"erkk, xpaham? tdi ckap cinta tu hebat, nie musibah la bencana la.."


kerana cintalah si hamba ALLAH yg kecewa tu brjaya bangkit dr tanah lumpur yg sgt kotor... dia dpt mmbina 1 formula perjlnan utk melepaskan diri dari sangkar jahiliyyah CINTA! kerana cinta juga dia kenal PENCIPTA dan rasai CINTA.. kerana cinta itu juga yg menjadikan dia smakin kuat dan bertenaga.. :) kerana cinta yg mmbawa kecewa bg dia pada mulanya lah yg menjadikan dia sntsa bertasbih...

bagaimana pula dgn "CINTA ITU JUGA MUSIBAH"

CINTA. indah di mata. sayang di hati.. tampil dgn pelbagai perlakuan dan tindakan. kemanjaan si dara amatlah bahana. meruntuhkan IMAN para lelaki.

mengapa? mengapa cinta tu musibah klau benar indah. kalau benar sayang. IA benar. mmg indah. mmg sayang. tapi kalau selagi cinta kpd manusia itu lbh tinggi levelnya dr cinta kita kpd Allah. maka itu yg perlu dirisaukan.

Kerana CINTALAH seorang pendakwah kalah pd nafsunya. kerana CINTAlah turunnya iman manusia. kerana CINTAlah hilangnya sifat malu(al-haya') dlm diri para wanita. kerana CINTAlah,ank2 kecil tidak berdosa menjadi korban. kerana CINTAlah, kes bunuh diri kian meningkat. kerana CINTAlah ramai yang ketepikan pelajaran. kerana CINTA... semuanya musnah...

Namun... CINTA itu fitrah, CINTA itu anugerah. CINTA itu Nikmat...

konsep CINTA sangat luas. Cinta kpd Allah.. Cinta kpd Rasul, ibubapa,sahabat2...

Cinta juga KASIH. Kasih akn ibu kasih akn ayah. kasih akn saudara2. itulah cinta...

seperti Sabda Nabi s.a.w

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu Ta’ala ‘Anhu, pelayan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:“Tidak beriman salah seorang kalian sampai dia mencintai saudaranya, seperti dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari dan Muslim,Kitab Al-Iman,No.13)





Dari Anas r.a. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orangtuanya, anaknya, dan manusia semuanya."

saya katakan cinta itu musibah bukanlah bermakna cinta itu kotor,jijik dan hina. setiap sesuatu yg Allah bg pastinya indah,suci,dan bersih..

cinta juga tak salah. tapi biarlah cinta itu diuruskan dgn syariat. biarlah di landasan yang betul..

jgn dek kerana cinta beracuankan nafsu, cinta pd mulanya penuh barakah lalu hilang keberkatan padanya..

Walaupun syahwat dijadikan untuk manusia namun jika syahwat itu tidak dijaga maka akn menjadi landasan ke api neraka.

Perhubungan akan berlandaskan syarak apabila rasa kasih dan cinta didasari niat kerana Allah SWT.

"setiap saat pasangan itu bercinta, maka hilang keberkatan"

mana pilihan kita?





CINTA yang membawa ke syurga, atau "lautan api neraka sanggup ku renangi?"

fikir-fikirlah... jumpa lagi. in shaa Allah..

Assalamualaikum.. rindu,kasih dan sayang kerana Allah... :)

Sunday, August 5, 2012

sang murobbi itu membina, bukan mencipta..


seorang murobbi itu membina bukan mencipta..

dlm dunia dakwah n tarbiah ni, bnyak yg kita perlu jga..paham..

as murobbi/yah,mengenali mad'u itu penting..

bab nie, ana cuma nk merungkai sedikit sahaja,ekoran beberapa kisah yg berlaku..
klu nak pnjg lebar ana mgkn kekurgn idea atau ilmu.. tpi apa yg nk d sampaikn adlh secebis kefahaman yg nk d kongsi kpd murobbi/yah yg lain..

knpa murobbi itu membina?knpa bukan mencipta?

klu kita tgk membina.. contohnya, sbuah bangunan.. kita amik contoh bangunan berkembar petronas lah.. nak bina bangunan tu, memerlukan seorg arkitek yg hebat! superb! n buruh2 yg 'istiqomah' bekerja! btol lah kn?
mcm2 cara d fikirkn utk dptkn best construction.. nak dpendekkan cerita, ana nk tnya, brpa lma twin towers tu dlm proses pmbinaan? jwb dlm hati ea..

ok, kita tgk mencipta pulak!

tgk saintis lah ye..
siapa yg mencipta kapal terbang pertama dulu? ok, klu anda dpt jwb, btol la kot... ana x ingt dah..
kita proceed..nk cipta kpl terbang pertama.. mcm2 'uslub' adik bradik tu buat. ada jd, ada xjd.. dpt 'uslub' je, nah! trus buat..  ciptala katakn.. ada idea je, zaappp! jd lah mesin kemas rumah la.. apa la..

berbeza dgn membina.. membina mmerlukan kesabaran,masa,penelitian dsb..
begitu juga murobbi, kita nk bina kefahaman mad'u kita.. bukan 'cipta'!

dah phm x konsep MEMBINA dgn MENCIPTA?

klau dh phm, praktikkn dlm bulatan gembira anda!
kita nk bina kefahaman dlm diri mad'u..nak dia fhm knpa dia d lahirkn ke dunia nie... nk bg mreka fhm 'cook-cook' ttg dakwah n tarbiyyah..
xpa klu ambil msa lama... yg penting HASIL! itu barulah dikatakan, sorg murobbi itu mmbina, bukan mencipta.. klu cipta bhya.. 
contohnya,dtg2 je mad'u kita tu ke bulatan usrah.. trus suh dia pkai tdung labuh, berstoking.. klau x pakai msti kena sindir.. almatnya xikhlas la mad'u tu! sbb dia xphm lg! silap2 lama2, lari lah mad'u awak tu!
lg satu, kalau mereka xdtg ke satu mjlis ilmu, xpyah la nk bgtau mreka yg awk kecewa.. buat je lapangan terbang dlm dada tu.. mgkn ada sbb di ats ketidakhadiran dia..

~membina kena bnyak sabar!~

klu mad'u tu x dpt dtg, xpa... sruh dia rehat dlu..xpe.. badan kita ada hak sndiri.. tunaikan hak tu!
klu kita bgtau smua tu, kita ckp kecewa la, apa la.. mmg mad'u tu dlm dilemma... nk ikut kmmpuan ke nk jaga hati org...
lama kelamaan, hati dia jd xikhlas...
jadi, disitu, dia akn jd hambar dgn kita... n mtlmat tu jd kurg jelas..

kenapa mad'u smakin menjauh?
jwpannya, mad'u tu xkn lari dgn sndirinya klau murobbi/yah xda buat mslah atau ssuatu yg xbtol dan mad'u tu tau.. smua mslh yg brlaku itu, smuanya berpunca dr diri kita sndiri..

~tiada paksaan~
jgn la paksa mad'u klu x mmpu.... hmm

rasanya stakat ini shja kot terlebih dahulu...
nnti utk topik strusnya, ana akn update.. 
^_^


#dlm berdakwah,setiap individu itu ada kemampuan masing2.. badan kita juga ada hak..dan sudah smstinya sbg hamba, apa shja hak yg membawa kpd peringatan kpd ALLAH pd diri kita, tunaikan lah.. baru skali ini nak tunaikan hak pd badan tersayang... ana menganggap badan tersayang krna badan ini ALLAH yg bg... ana syg apa yg ALLAH bg... krna ana sgt syg ALLAH.. :')


#yang diharapakn bukanlah smngat pd prjuangan shj, tp yg diperlukan adlh,perjuangan biarlah ada mtlmat...

Tuesday, July 31, 2012

Hidayah itu dicari, bukan dinanti..












HIDAYAH itu dicari,bukan dinanti


mengapa kita harus menunggu tapi bukan mencari?? 



SITUASI: "bukan aku xnak beurbah...Aku nak berubah la.. tapi ALLAH belum bagi hidayah pd aku.... hati aku belum bersedia... nak berubah mana boleh paksa2 kan? kena dtg dr hati sndiri... klau kita xikhlas pun xlama nanti perubahan kita tu...." kata si fulan kpd sahabatnya...
ok baiklah.. itu hanyalah situasi. xda kaitan dgn yg hidup atau yg dh meninggal ye... situasi ini berlaku d mana2 shj...
ok, sini ada 1 analogi yang bersifat SOALAN... 



1.kenapa anda bekrja? 
2.kenapa anda belajar? 



yg pertama, knpa anda/kita bekerja?jwpannya pasti, sbb nak cari rezeki. sara family la.. yg pnting utk sara kehidupan kan?utk senang.. utk kbaikan.. 



yg kedua, knpa anda/kita belajar? xkisahlah skolah rendah ke,skolah mnengah ke,IPT ke,maahad ke,madrasah ke, di mana shja.. pasti jwpnnya, sbb nk berjaya! nak dpat straight A'S! nak jd HAFIZ/HAFIZAH! nak dpt pointer bagus,dpat kerja bgus, jd engineer,doktor n so on.... kan.kan? 



jadi di sini, kita kaitkan sikit ye... 



~sbnarnya, kita bukan belum dpat hidayah... kita sudah dapat.... klau x, mcm mana kita tau solat itu tiang agama? mcm mana kita tau wajib ttup aurat? mcm mna kita tau pentingnya menuntut ilmu?.. kita sudah dapat kan! haa, cumanya di sini, ada bbrpa kemungkinan,.. 1. mungkin kita xpercaya akn HIKMAH d sbalik smua itu. 2. mungkin kita saja2 buat2 xtahu.. 3. mungkin kita xpaham.. dan bnyak lagi.. anda sndiri boleh tnya pada diri anda.. 



~apa yg nak d sampaikan adalah... kesimpulannya... klu kita boleh berusaha utk berjaya, utk cmerlang dr segi pljaran dsb.. kerja elok2 utk sara fmly dsb... pastinya ALLAH pun nak kita USAHA mencari HIDAYAH tu... ALLAH xkan bg sesuatu klau kita x usaha... cuba tgk balik ye... klau kita xbljar, kita bleh llus ke? klu kita xkeja,kita ada duit ka utk sara fmly? adkah duit tu akn jatuh dgn sndiri dr langit dan kita hnya perlu mnunggu? 
TIDAK sama sekali... sudah tntunya, PERLU ada USAHA dlm stiap perkara yg kita inginkan... 



bila kita xusaha cari HIDAYAH,masakan HATI kita bersedia nak menerima perubahan tu? n mcm mna ALLAH nak bg hidayah tu? mcm mna ALLAH nak buka HATI kita utk berubah pdhal kita x MINTA,MOHON dari dia? 
jadi,disini, pokoknya, xkira apa skalipun, berusahalah.... muhasabah diri... lembutkan hati terlebih dahulu sblum meminta...doakan spya ALLAH lmbutkan hati kita spya kita trus meminta hidayahNYA.. 



~tersebut satu kisah~ 



Kisah benar yang terjadi pada seorang rakan facebook kita. Baru terjadi Februari 2012. Diceritakan sendiri kepada saya.

Ini ceritanya:

"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh.
Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut.
Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.
Saya tergamam. Allahuakbar!
Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents!
Bezanya, beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat.
Dua minggu lepas tu, hati ini nekad.
Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari.
Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."
Sama-sama kita doakan sahabat kita ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Amin. 



p/s: Moga2 kisah benar ini menjadi iktibar kepada kita semua. Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam. 



kisah ini copy dr blog nie: http://khaulahalazwar-flagyl.blogspot.com/



#HIDAYAH itu milik ALLAH...makanya, mintalah drpdNYA...bukan hnya menunggu tanpa USAHA dan DOA... ALLAH itu Ar-Rahim, pasti DIA akn mmberi apa shja yg dminta oleh HambaNYA....tp harus ingat, ALLAH juga boleh menarik balik HIDAYAH itu klu kita x menjaganya dgn sbaik mungkin... krna apa? pemilik kpd HIDAYAH adalah ALLAH.. 
wallahualam.. 
sbg peringatan buat diri....



♥ by: an-nisa' yg dhaif ♥


Saturday, February 4, 2012

iman? ckupkah sekadar mengaku kita ISLAM? ^_^

Assalamualaikum w.b.t..selawat dan salam ke ats rasul junjungan kita,Muhammad S.A.W,keluarga baginda dan sahabat2 baginda....


Apa khabar iman kita hri nie ya? n ksihatan kita? kpd yg iman down,ayuh mantapkn kembali iman kita....kpd yg imannnya tngah UP tu,cba prthankn...tp lumrah,iman tu kdg kala di atas,kdg kala d bwah...moga2 iman kita bila trgelincir ckit ke bwah,jgn smpai mmbwa kpd jatuh trsungkur tersembam ke lantai yea....ehehe...n msti ada juga kwn2,shbt2 n ahli kluarga yg xsihat kn?? syafakumullah...moga ALLAH mnyembuhkan kalian smua.amiin..brsyukurlh sbb ALLAH msih lg ingt kita...ALLAH bukan sja2 bg kita sakit...sakit nie slh satu kafarah dosa...menghapus dosa2 kecil...jd,bila sakit tu,jgn merungut ya....sebaliknya,ALHAMDULILLAH...skurg2nya ALLAH msih ingt kita kn?? hehe.. ^_^


"What is WORD of the day today??"... msih ingt lg,zman skolah dlu,stiap hri khamis msti ckgu BI akn tnye...msuk je slangkah ke dlm kelas,ckgu tu akn tnya, "what is word of the day today,class...??? " ehehe...tu kisah zman remaja...skrg mmg la msih terglong dlm glongan remaja,tp UP ckit la..tua ckit..xbnyak tuanya...ehehe(masih nk prsan muda)...


Muqaddimah je dh mcm prakata penulis dlm novel..ehehe..ok,straight to the bridge la...ehehe...topik strusnya adalah..IMAN...ana bukan lh ustzah,bukan juga sorg dai'e yg profesional...tp ana berusaha utk mnjadi 'seseorang' yang menyampaikn...hasil artikel nie  adlh berdsarkan apa yg ana dh bljar spnjg proses pentarbiyyahan...kita share2 la kn? xkan kita nk msuk syurga sorg2 kn....itu dh pentingkn diri dh tu... na'uzubillah..


1. Definisi IMAN






Iman adalah mmbenarkan dgn HATI (iktikad),mleafazkan dgn lidah dan mengamalkan dgn anggota...itu dari segi istilah...dari segi bhsa arab pula ertinya,PERCAYA..

Jadi...,pengertian iman kepada ALLAH adlh mmbenarkn dgn hati bhwa ALLAH itu benar2 ada dgn segala sifat keagungan dan kesempurnaanNYA..bukan itu shj,kemudian pengakuan itu hendaklah diikrarkan dgn lisan dan dibuktikan dgn amal perbuatan yg nyata..

Apa beza antara MUSLIM dan MUKMIN???
" smua org MUKMIN tu adlh MUSLIM, tp xsemua MUSLIM tu adlah MUKMIN." msti tuan2 dan puan2 shbt2 smua dpt fhami mksudnya kn?? Maknanya d sini,setiap org yg brgelar ISLAM itu adlah MUSLIM...krna MUSLIM brmksud org yg mnganut ISLAM... tp...ada tapi jugk...ehehe..apa yang kita fham ttg MUKMIN?? and apa kaitannya dgn IMAN?? sgt rapat kaitannya...so, seseorg yg dapat d katakan sorg mukmin adalah org yg memenuhi ketiga2 unsur keimanan di ats,yakni mmbenarkan dgn hti,mlfazkn dgn lidah n beramal dgn anggota..
Hrus diingatkn,wlupn sseorg tu mngakui dlm hatinya ttg keberadaan ALLAH,tp x diikrarkan dgn lisan n xdiamalkn dgn jasadnya,maka org itu xdpt lh kita nk kategorikan sbg mukmin..so,kita nie tergolong dlm glongan mukmin ke??? cba cek balik iman kita,hati kita,ikrar kita n perbuatan sgla bntul amal kita...cek dlm diri kita,ada x ketiga2 unsur keimanan nie...mgapa perlu ada ketiga2 unsur nie?? sbb ketiga2 basic/unsur2 nie merupakan 1 kesatuan yg utuh dimana xdpt kita leraikan mahupun d pisahkan...

Beriman kpd ALLAH adlh kperluan n kewajipan yg sgt besar pd kita...sperti firmanNYA:


“Wahai orang-orang yang beriman. Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya (Muhammad) dan kepada Kitab (Al Qur’an) yang diturunkan kepada RasulNya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barangsiapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sungguh orang itu telah tersesat sangat jauh.” (Q.S. An Nisa : 136)


Ayat di atas memberikan penjelasan bahwa Bila kita ingkar kepada Allah, maka akan mengalami kesesatan yang nyata. Orang yang sesat tidak akan merasakan kebahagiaan dalam hidup. Oleh karena itu, beriman kepada Allah sesungguhnya adalah untuk kebaikan manusia.
Seterusnya, melafazkan dengan lidah...yakni secara lisan..contohnya apa?..contohnya,mengucap dua kalimah syahadah..

Ungkapan dua kalimah syahadah, atau mengucap dua kalimah syahadah merupakan dua susunan perkataan yang nilainya di sisi Allah dan orang-orang yang beriman adalah melebihi daripada nilai dunia dan segala isinya. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa “Sekiranya hendak ditimbang nilai dua kalimah syahadah dengan segala isi dunia, nescaya timbangan yang membawa dua kalimah itulah yang terlebih berat”.

Dua kalimah syahadah ini adalah lafaz penyaksian. Bermaksud aku sanggup menjadi saksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah, yang ditaati, yang benar, yang mentadbir, dan yang segala-galanya melainkan Allah. Dan aku juga sanngup menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang tidak akan menyampaikan sesuatu melainkan apa-apa yang disuruh oleh Allah; sama ada daripada segi perkataan, perbuatan dan semua tingkahlaku baginda.
Mafhumnya, tidak sahlah penyaksian seseorang yang tidak menuruti kehendak-kehendaki lafaz dua kalimah syahadah ini. Iaitu yang tidak tunduk dan tidak patuh kepada suruhan Allah, atau mana-mana suruhan Allah. Tidak percaya kepada semua yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, atau mana-mana di antara sunnah Rasul itu. Seseorang saksi, ia sanggup menyaksikan setiap apa yang disaksikannya atau yang dipercayainya dengan sepenuh-penuh penyaksian. Tidak ragu-ragu lagi.
Penyaksian kepada dua kalimah syahadah ini pula letaknya di hati. Bukan pada lidah semata-mata. Sebab mana manusia pernah menyaksikan Allah? Mereka tidak pernah melihat Allah tetapi merasakan dengan hati akan kebesaran dan perlunya mereka patuh kepada segala perintah Allah. Mereka sekarang ini juga tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW tetapi kemurnian risalah yang dibawa oleh Baginda dan ketinggian akhlak baginda yang dipelajari daripada hadis-hadis menjadikan manusia itu yakin akan setiap perkara yang dibawa baginda itu benar daripada Allah SWT.
Ungkapan dua kalimah syahadah ini sepatutnya dihayati oleh umat Islam pada setiap masa dan ketika. Tidak berlalu sesuatu waktu kecuali diperbaharui ingatan dan penghayatan kepada kedua-dua lafaz ini. Seseorang muslim hendaklah senantiasa membasahi bibirnya dengan ucapan dua kalimah syahadah. Lalu hatinya juga akan turut dibasahi dengan nilai iman, taqwa dan rasa penyerahan serta penghambaan kepada Allah dan ketaatan kepada apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Firman Allah (Ali Imaran:102) “Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah secara sepenuhnya).

Bukan nya sy nk ckap psal 2 kalimah syahadah sja,tp mmg hakikat syahadatain nie ada chemistry dgn iman.... smua nie bukan poretan yg mengarut2,tp ianya agak basic n bukan boleh semborono bicara...nnti xpsal2 kena 'cili pedih' kt akhirat nnti...na'uzubillah...

Next, mengamalkan dengan anggota...mata,hidung,telinga,mulut,tangan,kaki,ltut...smua la...xpyah bgtau pn smua tau kn??
Apa yang d maksudkn dgn mengamalkan dgn anggota(JASAD)??? maknanya mudah jer...klau kita nie btul2 beriman,msti kita akn lksanakn amar makruf nahi mungkar kn??? sbb klau ssorg tu mlakukan kemungkaran,bukan lah dia boleh dgelar org beriman...bukan nya sy ckp amar makruf nahi mugkar nie nk sruh anda buat bnda atau smthng yg besar2.... nehi nehi kata org india...ehhe...tau x,klau la tngah2 anda drive,tub2! ade batang pkok yg xbrape nk besar kt tngah jlan raye tu...xkn nk langgar kn??? hancur la kreta...so,alihkan....klau anda pindahkn batang pkok tu ke tmpt len,tu dh kira amar makruf nahi mungkar...sbb anda dh buat 1 kebaikn,spya nnti klau ade org lain lalu kt jln tu,x mmudaratkan dia...kn anda dh dpt saham kt ctu... tp bukannya dgn 1 act tu je kita boleh d katakn beriman....apa yg cuba sy smpaikn,stakat ilmu yg sy ade,...kita buat kebaikan biarpun kcil,tp biarlah istiqamah...insya ALLAH,yg kcil tetapi istiqamah tu la yg ALLAH pndang kelak...

haa....ckap fasal amar makfur nahi mungkar plak.....sbnarnya tu slah 1 cntoh la...iman-mengamalkan dgn anggota...bukan stkat tu,ianya sbg tnda bersyukur kita pd ALLAH sbb bg kita anggota... tul x? ehehe.. sy bukan la ustzah,tp sy cuba sedaya upaya utk berkongsikn ilmu yg sy ade nie wlupn xsehebat para dai'e...sy cma nk bg view yg ckup mudah....

so,bnyak mengulum hri nie?? fakta atau basic yg agak berat kn???so,cuba tnya hati,takat mne iman kite??? ade x ketiga2 unsur tu?? klau xde,cpat2 la kita sme2 topup n cri medium yg blh mmbantu utk menjadikan kita seorang mukminin dan mukminah...insya ALLAH...slalu lah muhasabah diri n slalu2 kn lh cek iman kita....servis iman kita spya xtrus lalai....moga2 ALLAH bg kita perlindungan dr 'racun perosak' umat islam yakni syaitan....Allahumma Amiin....

Akhir kata(cewah mcm utusan kmentrian pljaran plak ehehe),apa yang baik itu,tentunya dtg dr PENCIPTA kita iaitu ALLAH S.W.T,apa yg bruk itu puncanya dari diri ana sendiri...apa2 kekurngan harap d tambah,apa2 kesalah,harap d maafkn dan dperbetulkan....sy tinggalkn nukilan kali nie dgn sbuah hadith,...

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

sama2 kita renungkan...

K.I.T.A~

~Moga bertemu di lain waktu,klau x di dunia blog,insya ALLAH,d taman firdaus nnti...amiin...~

wabilahitaufiq walhidayah,Assalamualaikum wrbt...




Sunday, January 15, 2012

sana sini...apa dh kita buat?

assalamualaikum....alhamdulillah3x...syukur kpd ALLAH atas nikmat yg d berikan,mmbuatkn sy berksempatan utk ber'pena' kmbali.....selawat dan salam ke ats rasul junjungan kita,Muhammad S.A.W...serta keluarga dan sahabat2 baginda amnya.....

alhamdulillah...bertemu kembali d dunia blog....aseef,lma sgt mnyepi blog nie...bukan xISTIQAMAH...tp xbrkelapangan....FYI,ana dh kembali ke kampus...sbb tu la blog nie xbrgerak lgsung...hehehe

baiklah,arini tajuk yg bertuah ialah..."sana sini,apa dh kita buat???"....so,ada apa2 idea yg ligat berputar2 d ruang minda anda ttg tajuk nie?....hehehe...ok,xnk buang msa,nnti hilang idea..hehehe...

sana sini...klau bhsa sarawak,sebutan dia mcm nie..."sia sitok"...hehe...sbnrnya,ana sering mmikirkn,kita brgerak ke sana dan ke mari,kita tau ke apa kita buat sbnrnya...atau kita xtau pn apa ptut kita buat....di mana logiknya? ketuk ckit kpla cba tnya diri...hehe...jgn hantuk kpla kt dinding sudah...bukan nk merumitkan atau mmeningkan kpla anda tp nk ajak skali anda berfkir...dlam tjuk yg prtama ana bercerita ttg siapa kita kn?http://penaislamiyah.blogspot.com/2011/12/siapa-kitaapa-matlamat-kita.html...so,cba recall balik...kita balik kpd mtlamat penciptaan kita....iaitu,utk beribadah kpd ALLAH....bukan nya skdar mnunaikan solat 5 waktu tu dh bleh d anggap kita dh beribadah....ibadah yg d mksudkn merangkumi aspek kehidupan kita...dr kita bgn tidur smpai kita tdur kmbali....dr cra kita berpkaian dan mkan....

apa pula kaitannya dgn tajuk nie?haa.....ada kaitannya...sana sini,apa kita dh buat bukan mknanya sana sini jln2 cari mkan ye....hehehe...tp nk mngopas ckit ttg apa peranan atau apa yg kita dh buat spanjang usia kita...

kita nie ibarat satu kitaran....bgn pagi...gsok gigi,mandi...makan...pegi keja/kuliah....balik keja/kuliah....lpas tu mandi then tgk tv/buat assignment...stdy....pah tu tdo...esk pn mcm tu...kn??? apa kita nk hidup atau usia kita d sia2kan mcm tu je??? atau nk maintain mcm tu je??? x terfkir ke nk mantapkn atau perbaiki diri??? mnambah ilmu agama....kerja,bljar....smua tu sbb kita nk kejar ksenangan d dunia kn??? bljar rajin2 kt skolh,dpt result bgus,smbung bljar dlm kos yg 'power2'...lpas tu dh hbis bljar,dpt keja yg 'pergh!!'...gaji 4 5 agka....smua nk mcm tu kn??? mustahil la xde yg nk mcm tu...btoi x??? hehe...

jom...kita 'kopas'....hehe..cuba kita ingt...spnjg hari nie apa kita dh buat???bru hari ni...klau dsuruh ingt yg smalam...?smggu lepas...?sebulan lepas...?setahun yg lepas?? 10 tahun yg lepas?? 19 tahun yg lepas??...ingt x?? mksud sy...apa yg kita dh buat sbg sorg MUSLIM??? dh jalankan perintah??klu bg yg bkerja,msti taat giler dgn bos kn??? lumrah la tu...bg pelajar2 n penuntut IPT??msti dgr ckp ckgu/lecterer kn???jadi......cba muhasabah diri...sudahkah kita menambah amal sbg bekalan d akhirat???abg2,kakak2,shbt2....marilah...sma2 kita mngejar JANNAH...dunia bukan matlamat kita...dunia cma tmpt prsinggahan..sbg tmpt kita mncari bekalan utk d bwa ke akhirat...apa yg pasti adalah,AKHIRAT...jadi kan akhirat sbg matlamat dan dunia sbg sampingan...bukan mksud ana jdikan akhirat sbg matlamat,trus2 anda mansuhkan dunia 100 persen...bukan yee....mksud ana,jdikn lh dunia sbg 'alat' utk mggerakkn 'krja' kita...

so,apa yg perlu d buat sterusnya?? kpd yg dh mndpat trbiyyah,truskanlah usaha dan prjuangan anda...kpd yg blum....jom,mari kita sma2 cari ilmu,tarbiyyah...sma2 kita gapai matlamat...dh dpt trbiyyah tu,cuba smpaikan stkat yg kita mmpu...smpaikan kpd shbt2...org2 trdekat...

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda ;
" sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat "


nampak?? nabi Muhammad sndiri bersabda supaya kita mnyampaikan ajaran agama walaupun spotong ayat...itu lah ana nk katakan pd anda...iaitu DAKWAH...bukan lh ana nk suruh anda berdakwah,buat confrence smua tu...bukan nk sruh berperang xtentu arah...dakwah bilhal...scara halus dn berhemah...xrugi sbnarnya kita mnyampaikan ilmu agama pd kwn2...atau siapa pn lh....xkira lh bnyk atau sikit...kdg2 yg ckit tp ikhlas dan istiqamah tu lh yg ALLAH pandang...

ALLAH berfirman dlm surah An-Nahl ayat 125:

"serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan mauizah.Hendaklah bertukar-tukar pendapat dengan mereka dengan cara yang paling baik."


kita sendiri nampak kn?dlm Kalam ALLAH sndiri ada tertulis...mnyuruh kita mnyeru umat manusia ke jalan ALLAH...apa lg yg kita ragukan?dh ckup ALLAH bg kita mata,telinga,hidung,mulut....alam nie...smua ALLAH yg bg...apa slahnya kita cba jalankan apa yg DIA sruh...mgkn solat kita tu xckup utk menjamin kita ke syurga...mgkn slama nie kita ckup jga solat kita,tp mgkn ada solat kita yg xdterima...sia2 kan mcm tu? solat2 kita yg xkhusyuk...sia2 n msa trbazir je mcm tu tnpa kita sedar...tmbah2 pd zman mellinium nie...ya ALLAH...kuatkan lah hti kami ya ALLAH...ikatkanlah AKIDAH kmi dgn ma'rifatMU...kuatkan lh ukhuwwah kmi dlm brjuang d jlan MU...amiin..


" kamu adalah umat yang terbaik apabila kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran"(ali-imran : 110)

see...ALLAH dh mletakkn kita nie sbg sebaik2 umat...sbaik2 makhluk...tp,apabila kita melakukan amar makruf nahi mungkar(buat kebaikan cegah kemungkaran)...xnk ke kita jd umat mcm nie?? jd umat terbaik...buang lh ego kita...jgn biar ego kita nie mngeraskan hati kita...naya nnti...bila hati dh keras,dh gelap,dh kotor,mcm mna hidayah nk dtg pd kita???..jom lh shbt2....cba kita muhasabah ckit...ambik msa utk muhasabah....xprlu bnyak,xprlu lama...5 mnit tu pn dh ckup OK...ambik lh peluang pd mlm hari utk 'berbicara' dgn PENCIPTA kita...mohon ptunjuk,mhon kkuatan,mhon perlindungan drpdNYA....mohon lh apa2 shja...krna dia maha memakbulkn doa kita...jgn mohon dlancarkan prgram merompak bank plak..mmg ALLAH x mkbulkn lh...hehehe...

jd...nk d pendekkan perenggan...tepuk dada,tnya sihat ke x....? hehehe...tnya hati kita...tnya iman kita...dh ke kita buat smua nie....sambil2 tu,marilah kita sma2 'top-up' iman kita....ingat,letak lah ISLAM pd HATI dan AMALAN kita....jgn letak pd IC je,jgn ISLAM bila nk kahwin je...tp biarlah ISLAM tu brada kukuh n teguh dlm hati kita,,..insya ALLAH...

" mulakan dengan diri kamu,dan ajaklah orang lain"

" Laksanakan ISLAM dalam diri kamu,nescaya ia akan tertegak dengan sendirinya di muka bumi ini "



moga kita terus istiqamah dalam berjuang...n moga bersua di lain waktu... :)

K.I.T.A....

assalamualaikum wrbt........ :)





Sunday, December 11, 2011

Di 'night market' menjalinkan ukhuwah..

Assalamu'alaikum wbt...
Segala puji bg ALLAH tuhan seluruh alam....selawat ke atas Rasulullah s.a.w ,keluarga baginda dan sahabt2 baginda amnya..


Mesti tertanya-tnya kn,mngapa tiba2 night market?...alah,biasa lh...kt night market pn kita boleh jalinkan ukhuwah...ukhuwah kt mana2 jer boleh terjalin...kt auckland ker,kt australia ke,kt nigeria ke,universiti ke,tmpt kerja ke....mne2 je...yg pntg,tetap juga d bumi ALLAH kn? jd,xmustahil, dgn izin ALLAH S.W.T jalinan ukhwah tu boleh 'tercetus'...hehe


come....ade story tell ckit...nie kisah benar tau...bukan rekaan semata-mata..hehe
Baru2 nie,ana berniaga kt pasa mlam,night market la..hehe...dgn nenek saudara ana...tiba2 ana didatangi seorang muslimah.yg auratnya lengkap terttup dgn purdah skali....kiranya customer ana la...ana layan mcm biasa...lauk dia harga RM3...tiba2 bila dia bayar...dia bg ana RM8...ana pun hairan..ana ingat dia tersalah bg,so ana bgtau la kt dia,"akak,duit akak terlebih lima inggit la.."...akak tu pon jwb..."xpa2,kmu simpan la...tanda kenalan..."...kmudian dia ckap ag "ukhwahfillah!!!!" dgn semangat dia melaungkn...tp xlah sebesar smpai org lain bole dgr..hehehe...subhanallah! ana hanya mampu senyum...begitu bersungguh-sungguh nya dia...indah kan?? smbung cita lg...ana ingat lpas tu dia balik terus....tiba2 diadtg balik...kali nie dgn satu resit dkat tgn dia...msa tu ana sbuk ckit layan customer...akak tu pon ckp,"simpan k"... ana just dpat angguk2 n senyum...yelah kn,customer tngah nk beli brang,nnti dorg ckp xberadab plak ana nie kn...bila keadaan dh kurg sibuk,ana baca lh kt resit tu...tertulis..."assalamu'alaikum...Asmaa from Brunei Darussalam..Ukhuwahfillah ya ukhtil karimah...the faith to ALLAH connects us"...dia siap tnggalkn numfon n email dia....ana tersenyum gembira...xterkata...Ya ALLAH..kuasa ALLAH..dlm keadaan mcmtu pn boleh berkenalan...dgn izinNYA kami taaruf la through SMS....katanya,dia amazed jmpa ana kt 'night market'...the most special word is,dia ckap.bukan stkat amazed,dia merasakan yg dia xkseorangan....its have a deep meaning kn? alhamdulillah....ALLAH mngizinkan kami utk berukhuwah.... :)


haa...ana bukan saja2 tau coret ini cerita....mari2....kita ambik teladan,...xkira siapa pun kita,dimana pun kita...jalinkanlah tali persaudaraan...sbg peringatan ana jgak....bila d tempat org,kita bermesra la dgn org....jgn angkuh jgn sombong...dan hendaklah kita mnyayangi saudara kita sperti mana kita mnyayangi diri kita sndiri...sperti dlm hadith d bawah:

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a, khadam Rasulullah s.a.w,daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda:


Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri dia sendiri..


Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim.


So,tepuk dada tanya iman....adakah kita betul2 praktikkan hadith ini dlm kehidupan kita? jwb lah dlm hati...sama2 kita muhasabah diri.... :)


Alhamdulillah,done dgn coretan nie...insya ALLAH,dgn izinNYA...kita bertemu d lain waktu....


K.I.T.A....


ASSALAMU'ALAIKUM WBT.... :)

Saturday, December 10, 2011

siapa kita?apa matlamat kita?


Assalamu'alaikum...segala puji bg ALLAH,TUHAN sekalian alam yg mncipta dan mentadbir semuanya dgn sempurna...TUHAN yg kaya dgn sgla ksempurnaan dan kkuasaan...


siapa kita? semua tahu kn kita nie manusia...soalan yg jarang2 d ajukan kpd kita...yea,betol la tu...xda yg salahnya...
nak tau x? MANUSIA iaitu kita adalh ciptaan yg paling hebat...bukan nya hebat krna fizikal,saiz mahupun tabiat...tp 'special'nya kita,diciptakan dgn kelebihan akal dan fitrah...kedua2nya hanya d anugerahkan utk kita.... apa buktinya??? dalam AL-QURAN sendiri ada tertulis..."sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dalam bentuk yg sebaik-baiknya"(surah at-tin:4)


Apakah yg d maksudkn dgn sebaik2 bentuk?adkah krna bentuknya yg jauh berbeza & baik drpd haiwan? jom kita tgk....burung....seekor burung boleh melihat dgn sudut pandangan yg luas apabila brada d udara... seekor cheetah mmpu berlari dgn begitu pantas...seekor ikan boleh berenang d dlm air tanpa lemas...tengok....jika nk d bndingkan keupaayaan haiwan dgn manusia,agaknya kita ketinggalan kn??


Jd,apa yg mmbuktikan kita adlah sebaik2 ciptaan mengatasi hidupan lain? jawapannya,kita dkurniakan dgn AKAL...haaa,terfikir x??? hehe...dgn akal kita mmpu mncipta ssuatu agar dpt mlihat lbh jauh drpd brung,bergerak lbh pantas drpd cheetah dan brenang lbih dlm dr ikan...contoh??? kapal selam...kereta...motorsikal berkuasa tnggi...mcm2 lg....


Ha...jika kita dciptakn sbg sbaik2 pnciptaan,mstilah matlamatnya adalah sebaik2 mtlmat...ALLAH mnyebutnya dlm kalam-NYA.. 


" Dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-KU" (az-zariyat:56)


siapa kita???? kita bukan setakat manusia yg dciptakan smemangnya hebat! tapi kita adlah hamba ALLAH...yg dciptakan dgn klebihan akal...bukan skdar nk mnceritakan siapa sbnrnya kita tp juga mtlmat kita d muka bumi ini... haaa...dlam ayat di atas td dh tertulis pun matlamat penciptaan kita...iaitu,sentiasa tunduk serta taat kpd segala perintah ALLAH...dlm erti kata lain,utk beribadah kepadaNYA...juga sbg khalifah d bumi ALLAH nie...jika kita xmmenuhi matlamat ini,maka apa bezanya kita dgn haiwan...padahal kita punya akal utk berfikir tp haiwan????mereka xpunya akal....haiwan msanya d habiskn dgn mncari mkanan,tdur dan mncari pasangan....nak ke kita dsamakan dgn haiwan....??? tepuk dada tnya iman...mngapa perlu kita mensia2kan akal yg ALLAH bg???org yg mensia2kan akalnya xjauh beza dgn haiwan ternakan....atau mgkn sama...sapa org tu??? mgkin ana,anti,anta antum...pendek kata KITA lah!!! manusia.... seperti dalam kitab AL-QURAN kita....


" mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH).Mereka itu umpama binatang ternak.Bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai." (al-a'raf:179)


wahai saudara,saudari....kita sendiri dpat lihat kn??? perumpaan yg dtgnya sndiri dr ALLAH.... "umpama binatang ternak".... marilah kita muhasabah balik...apakah kita sedar akan matlamat penciptaan sbnar manusia??? adakah kita lksanakn usaha utk mncpai matlamat tu??? sesungguhnya kita sgt bnyak kekurangan...jgn lh kita jd hambaNYA yg ingkar...sungguh,azabNYA amat pedih...


"ALLAH yang memiliki apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Celakalah bagi orang yang ingkar kepada TUHAN kerana seksaan yang sangat berat" (Ibrahim:2)


lihat lah...bukan kisah dongeng...bukan rekaan semata2...mmg dh tertulis dalam AL-QURAN...mari lah sahabt....kita muhasabah diri,,,,berdoa supaya tidak d jauhkan dr lembayung RAHMAT ALLAH..berdoa supaya kita tdk tergolong dlm glongan yg ingkar....insya ALLAH..mngapa perlunya kita mncapai matlamat tu??? utk mnggapai ustaziyatul alam....


apa yg d tulis ini,adalah sebagai peringatan buat diri ana juga....mga sama2 kita dpt memahami mtlmat sebenar penciptaan kita...kerana itu lah KITA...


K.I.T.A..(Kuat.Iman.Tambah.Amal) :D


moga bertemu di lain hari dlm topik yg lain... :)


asslamua'alaikum wbt...